Sunday, December 02, 2007

Puisi Musim Haji

Di Rumahmu II

Aku datang
Menerima jemputanmu
Melalui hatiku.

Aku datang
Membawa beg besar
Berat dengan solat yang kutinggalkan.

Aku datang
Membawa beg besar
Berat dengan pembohogan.

Rumah sucimu
Jangan dikotorkan.

Biar saja aku di sini
Di halaman rumahmu
Bersama burung merpati

Biar saja aku di sini
Di halaman rumahmu
Bersama debu tapak kaki

Biar saja aku di sini
Di halaman rumahmu
Bersama tikaman sejuk pagi.

Biar saja aku di sini
Di halaman rumahmu
Dibakar panas mentari.

Biar saja aku di sini
Di halaman rumahmu
Akan kupikul beg besar ini
Ke Padang Arafah
Seperti Adam dan Hawa
Memohan ampun selama 40 tahun.

Beg besar ini
Biar kugendong
Sepanjang hari sehingga malam
Membawanya ke Mina
Menunggu tasyrik
Melupuskan beg besar ini
Bersama seekor kambing
Yang lebat dengan bulu putih
Dan darah segar mengalir.
Jika tidak diterima
Akan kugendong beg besar ini
Ke halaman rumahmu.

Biar saja aku di sini
Di halaman rumahmu
Bersama burung merpati
Bersama sejuk pagi
Dibakar panas mentari
Bersama debu sejuta kaki
Bersama beg besar ini.

Akan kubawa kembali
Beg besar ini
Menunggu jemputanmu lagi
Pada suatu hari
Jika aku belum mati
Dengan beg besar ini.

26 Disember 2005
(akan terbit dalam Sanib Said, Menunggu Laila: Sebuah Antologi)

3 comments:

Anonymous said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend.

Saiee Driss said...

Saya cukup terkejut dan menjadi amat bangga apabila mendapati Tuan Haji adalah seorang penyair.

Untungnya Sarawak ada intelek/birokraf di bidang pentadbiran yang juga seorang penyair.

Tahniah.

Selamat Tahun Baru Hijriah.

Saiee Driss said...

Ada beberapa artikel baru dan pertambahan pada koleksi pantun dan berbalas pantun di http://pantunonline.com. Kalau ada masa silalah berkunjung