Tuesday, September 30, 2008

SALAM AIDIL FITRI AL-MUBARAK

walau langkah tak bertemu

tangan tak berjabat

ucap tak terdengar

mata tak bertatap

tapi izinkan hati memohon

 maaf zahir dan batin

Wednesday, September 24, 2008

PUISI MUSIM RAMADAN DAN ADIL FITRI

KAMPUNGKU

 

Aku pulang

Ke kampungku, Ladang Baru.

 

Si Tenggang

Mencari yang seribu

Bertemu yang Satu

Di tapak kaki ibu.

 

Kaki ayam tiada lagi

Diganti empat roda besi.

Lumpur tiada lagi

Ditukar tar hitam.

 

Air perigi hanyir

Kini mengalir dari paip.

Lampu sentir kelam

Diganti neon hidro

 

Robek atap nipah

Berubah menjadi zink

 

Cerita nenek tua

Diganti akademi fantasia

Iman waktu fardhu

Digandi deejay mtv.

Mengaji telah lama berhenti

 

Bapa pergi mencari rezeki

Menjadi si Tenggang

Dan menjadi suami hujung bulan.

 

Bulan Ramadhan al-mubarak

Takbir pertama Syawal

Aku pulang

Begitu juga suami-suami yang lain

Memohon keampunan

Mencari yang asal

Yang telah lama hilang

Menghitung anak saudara

Yang tidak kenal.

Waliku yang tuli dan lali

Ibuku bongkok rabun

Masih ingat makanan kegemaranku

Mengembirakan hatiku

Seperti aku kecil

Setengah abad yang lalu.

Syurga yang sentiasa menunggu

Anak yang pulang

Di bulan Syawal.

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Walillahhilham!

 

3 Syawal/27 Nov. 2003,

Pacific Sutera Habour

KK, Sabah.

PUISI MUSIM RAMADAN DAN ADIL FITRI

R A M A D H A N   I

 

Pada bulan Ramadhan

Dalam jihad besar

Apa umat Melayu dapat?

Kemenangan

Sekadar sebiji ketupat

Dan sepinggan rendang.

Dan kehausan dan kelaparan

Sepanjang bulan di waktu siang.

 

16122002

Wednesday, March 19, 2008

PUISI MUSIM CINTA

Waktu Tengah Malam

Di tengah malam kelam
Bila kuingat padamu
Aku tak kenal diriku
Bila kuingat padamu
Aku tak kenal sahabatku
Bila kuingat padamu
Aku tak tahu siapa di sebelahku

Bila kuingat padamu
Aku terpaku
Lupa diriku
Lalu aku pergi
Mencari
Dan mencari
Di malam sunyi
Dan kelam

Terpancar kerdipan titik sinar
Terlihat akan pintu kamar hatiku
Lalu kuketuk pintu
Suara bertanya siapa itu?
Laluku jawab ‘aku!’
‘Kekasihmu.’
Suara berkata, ‘tak kenal.’

Wednesday, March 12, 2008

PUISI FOTO 2


Ketika pulang dari pejabat
Tersangkut di jalanraya
Dan senja tiba
Di jendela kereta

Saturday, March 08, 2008

PUISI FOTO

Titian Usang di Lautan Bergelombang

Wednesday, January 30, 2008

PUISI MUSIM CINTA

Mencuri Waktu
(Cinta Notakaki)

Masihkah kau ingat
Puisi cintaku kepadamu
Tiga dekad yang lalu

Ku tuliskan nota kaki
Cinta kita
Esei kisah kita berdua
Cintaku sehangat matahari
Dan sesegar embun pagi
Sampai ke akhir hayat ini.

Kutuliskan nota kaki
Cinta kita
Bermula di tahun ketiga
Kolej Kelima, Universiti Malaya
Ketika peperiksaan akhir tiba.

Kutuliskan nota kaki
Cinta kita
Betapa kita mencuri waktu
Di antara kuliah dan buku.
Di antara ijazah dan asmara
Di antara kampung dan bandaraya.

Kerana sumpah menara gading
Serta harapan ayah dan ibu
Kerana telah menyeluk pekasam
Kerana telah mengegam bara.

Tidak indah varsity green,
Tidak romantis tasik,
Tidak seronok kota KL.

Kita mencuri waktu
Di taman indera buku
Pagi, petang atau malam
Ataupun di hujung minggu.
Seperti merpati
Kita terbang ke rimba ilmu.
Kita mencuri waktu
Di celah-celah rak buku
Kita meniti dari rak ke rak
Dari tingkat ke tingkat.
Dari meja ke meja.
Dari buku ke buku
Dari halaman ke halaman
Dari perenggan ke perenggan
Dari ayat ke ayat
Dari perkataan ke perkataan.

Betapa kita memampu membilang
Dan menghitung waktu
Lalu kita mencuri waktu
Di antara kuliah dan nota,
Di antara esei dan tutorial.
Di antara rujukan dan peperiksaan
Di Dewan Tunku Canselor.
Jelingan dan senyuman
Kita letak di nota kaki.

Kita mencuri waktu
Mencari berbagai ilmu.
Di pentas inspirasi Panggung Eksperimental
Mahasiswa berbekal teori dan data emperikal
Memancung kepala kapitalisme dan imperlialsime
Menikam kemiskinan dan kelaparan.
Atau debat para pemimpin
Bersilat minda.
Mengungkap kesenian dan keintelektualan.
Membela bangsa yang tertindas
Di tanah air sendiri.

Alhamduillah, bara menjelma
Menjadi segulung warkah bertinta emas
Bukti kejernihan tekad murni
Anugerah Tuhan
Pada tahun tujuhpuluh enam.


3012004